SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Wednesday, September 9, 2009

peragut oh!!! peragut

buat pembaca..terutama pelajar akhawat Iskandariah

pada tahun ini dua kes ragut telah berlaku di tempat yang sama di perhentian keretapi assafirah(platform untuk ke sidi bish), kejadian pertama berlaku selepas imtihan fasa ke dua selesai dan kejadian ke dua berlaku pada awal ramadhan baru-baru ini dan kedua-dua kes berlaku pada akhawat Iskandariah.

peragut menggunakan cara yang sama pada kedua-dua kejadian, saya kurang pasti pada kejadian pertama kerana hanya diberitahu ol
eh kenalan mangsa, yang pasti kejadian kedua, tali beg tangan mangsa telah di potong ( melihat pada tali beg yang ada pada mangsa)

peragut akan menunggu masa yang sesuai untuk merampas beg pada mangsa dengan memastikan keretapi sudah berjalan, peragut dengan cepat merampas beg tangan mangsa dan terus mengejar keretapi tersebut yang hampir meninggalkan platform.

saya berharap pada pembaca terutama bagi akhawat Iskandariah supaya berhati-hati dengan beg tangan anda walau di mana anda berada. malang tidak berbau, sampaikan pada sahabat-sahabat yang lain supaya berhati-hati ketika membawa beg tangan terutama apabila berada
di MAHATTAH ASSAFIRAH....


Monday, June 22, 2009

selamat hari bapa

kasih bapa tidak ternilai, pengorbanan mereka tidak dapat dihitung, cuma, mungkin sini anak susah untuk memahami semua itu sehinggalah si anak kelak bergelar bapa.

kini saya sudah pun bergelar bapa, InsyaAllah dengan didikan yang diberikan oleh ayah akan ku turunkan kepada anak sulung ku dan seterusnya.

Islam meletakkan bapa pada satu darjat yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormati mereka, berbuat baik dan berkata dengan penuh kesopanan.

firman Allah taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Ayat ini telah jelas menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh manakah kita mempraktikkan seperti yang terkandung pada ayat di atas ? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua? cuba kita renung kembali perbuatan kita terhadap bapa kita selama ini.


kebanyakan ulama' berpendapat bahawa kewajipan mentaati ibubapa walaupun pada perkara yang meragukan, melainkan pada perkara yang sudah jelas haramnya dan wajib bagi seorang anak berbakti pada mereka walaupun kedua-duanya tidak beragama islam.

mereka adalah orang yang paling sabar dalam melayani karenah kita, walaupun kerap kali berdepan dengan bermasalah anak-anak, di samping perlu memikirkan sumber-sumber kewangan untuk menyara kita, memikirkan masa depan kita dan masalah di tempat kerja...dia tetap bersabar dan menutup segala aib yang ada sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berjaya dan berguna.

Namun masih ada lagi anak-anak yang selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini. tidak ada rasa tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu berbakti kepada ibubapa...seorang ayah boleh menjaga ramai anak, tetapi ramainya anak belum tentu boleh menjaga ayah yang seorang.

saya masih teringat kata-kata ayah ketika berumur dalam lingkungan 12-13 tahun. ketika ayah sedang bersembang dengan adik beradik yang saya pun tak berapa kenal.."untung la hang mat, nanti anak-anak dah besaq senang la hang, ramai yang boleh jaga," "tu pun kalau depa nak jaga"-kata ayah..
walaupun kami adik beradik sudah boleh menubuhkan satu pasukan bola sepak, dengan 12 orang kesemuanya, tak termasuk 5 orang di sebelah makcik. ayah saya masih risaukan hari tuanya. InsyaAllah, selagi kudrat masih ada kami semua akan menjaga ayah dan mama.

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. mereka lah orang yang paling hampir kita, menjadi orang pertama yang akan risau jika sesuatu terjadi kepada kita.

memang selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan hati ibu bapa.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

teringat saya pada sebuah lirik nasyid dari kumpulan far est, yang bertajuk azimat bonda. lirik yang begitu menyentuh hati, pernah satu ketika saya mendengarnya sambil menatap wajah ibu dan ayah, tanpa disedari air mata menitis...(tak percaya cuba)

selamat hari bapa pada ayah dan semua yang bergelar bapa di dunia ini...


keredhoaan allah terletak pada keredhoan ayah ibu
menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk berkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuannmu
keperitan itu kau rasa indah demi anak mu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya

walaupun lirik ini kebanyakkannya menyentuh perihal ibu, tetapi pengorbanan mereka sama.

Friday, June 19, 2009


alhamdulillah...imtihan fasa kedua telah pun selesai. sebelum ni semua benda yang nak dibuat tak semua tak tenteram sebab teringatkan madah-madah yang belum dibaca, jadi semua tu kena lah disimpan dlu, kerja-kerja yang tak berapa penting dan tugasan tersusun di rak, mengantikan tempat yang di kosongkan kitab kuliah. Imtihan sudah pun berakhir bagi tahun ni. apa yang diharapkan, semoga jawapan yang telah diberikan semoga dinilai najah. Kini tugasan dan kerja-kerja tak berapa penting yang telah di susun di rak, telah pun diambil kembali untuk dilaksanakan.
semoga apa yang telah di lakukan dan bakal dilakukan akan mendapat keredhoan ALLAH.

Monday, May 25, 2009

kesan zikir terhadap otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Oleh itu marilah sama-sama kita banyakkan berzikir.


*Entry asal di http://www.halaqah.net


Tuesday, April 28, 2009

jadual imtihan kuliah tanta

klik pada gambar utk besarkan


cabaran yang bakal di tempuhi..... doakan kejayaan ku.

Saturday, April 25, 2009

nasib baik LE10 je

sekali lagi cerita pasal letrik, tapi yang ni bukan cerita pasal kena tipu dengan lelaki pengutip duit letrik. semalam (24 april 09) rumah saya didatangi oleh seorang lelaki arab untuk meminta duit letrik, memang pada setiap hujung bulan pekerja tu akan sampai. Ini kali pertama saya membayarnya sendiri kerana sebelum ini zaujah yang bayar sebab saya selalu tiada dirumah ketika kehadirannya.

Nak dijadikan cerita lepas bagi duit kat ammu tu dia agak pelik dengan salah satu dari dua keping duit kertas yang saya bagi. belek punya belek, akhirnya ammu tu kata salah satunya duit palsu. terkejut la jugak sebab takkan LE10 pun orang nak palsukan kalau kena tangkap tak berbaloi. ammu tu pun keluarkan lagi sekeping duit LE10 jugak, nak buktikan yang duit tu memang palsu. ada dua tempat ammu tu tunjukkan pertama kawasan putih dekat duit tu tak ada gambar patung cleopatra kalau kita letakkan kat depan lampu dan satu lagi dakwat boleh keluar kalau kita letakkan air. maknanya duit tu hanya dicetak menggunakan printer sahaja.(gambar di sebelah)
terdetik di hati nasib baik sepuluh genih je, kalau kena 100 genih rugi besar dah tu. apa pun alhamdulillah sebab nilainya tak la banyak sangat. kalau kita tengok dengan mata kasar memang tak nampak kepalsuan duit tu. kepada sahabat-sahabat berhati lah dengan duit mesir ataupun duit-duit lain.

Thursday, April 23, 2009

AJKT Dan Mutazawwijin Tanta Di Iskandariah Bersua Muka

17 April – Satu jaulah yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Faizol bin Endut telah diadakan untuk mengziarahi ahli DPMT Mutazawwijin di Iskandariah baru-baru ini. Turut sama menyertai jaulah berkenaan, Penasihat 1 DPMT Ustaz Wan Hadiyuddin Wan Mahmood selain daripada Ustaz Khairul Anwar bin Isnin, Ustaz Muhammad Zahidi bin Mat Noh dan Ustaz Mazwan Mohamad

Bertolak pada jam 9.30 pagi, rombongan AJKT akhirnya tiba di Perhentian ‘Asafirah tepat jam 12.00 tengahari. Setelah selesai solat Jumaat, AJKT disambut mesra oleh wakil ahli DPMT Mutazawwijin, al-Fadhil Ustaz Zulfauzi yang juga merupakan mandub PMRAM di Iskandariah dan beliau membawa AJKT ke rumahnya yang terletak tidak jauh daripada ‘Asafirah.

Setelah tiba di rumah beliau, barisan AJKT yang hadir berehat sebentar sementara menunggu ‘pak-pak adam’ yang lain hadir bersama dalam pertemuan yang dirancang selama hampir seminggu. Berdasarkan data ahli yang tersimpan, kini terdapat sepuluh pasangan ahli DPMT yang mendiami Muhafazah Iskandariah dan diberitakan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa akan ada yang menyusuli jejak langkah mereka.

Dengan kesempatan yang ada, barisan AJKT berterima kasih di atas kesudian mereka meluangkan masa bagi bersua muka dan mempereratkan tautan ukhuwah sesama saudara walau pun tiga pasangan daripada mereka tidak dapat menghadirkan diri disebabkan mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Sudah lama majlis seperti itu tidak dapat diadakan. Merasakan ruang dan juga peluang yang datang hanya sekali, maka al-Fadhil Ustaz Faizol Endut tidak membuang masa yang ada dengan mendahulukan langkahnya membuka satu majlis ringkas yang dipengerusikan sendiri oleh beliau. Agenda majlis disusun dengan baik bermula dengan sedikit ucapan daripada Pengerusi DPMT dan diteruskan dengan sesi taaruf, soal-jawab, pembahagian cenderahati tanda kenang-kenangan dan kalam taujihat daripada al-Fadhil Ust Wan Hadiyuddin Wan Mahmood. Majlis di akhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar.

Antara isi ucapan yang disampaikan al-Fadhil Ustaz Faizol Endut adalah penekanan bahawa program sedemikian mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang perlu direalisasikan bersama oleh semua pihak. Antara matlamatnya ialah menjalinkan ukhuwwah Islamiah antara pimpinan DPMT dan ahli walaupun kedua-duanya bejauhan antara satu sama lain dan matlamat seterusnya adalam memastikan kebajikan ahli terjaga.

“Walau pun terpisah antara benua sekali pun, namun ukhuwah Islamiah tetap erat terjalin di antara kita sesama muslim dan mukmin, ujar al-Fadhil Ustaz Faizol Endut.

Oleh : AJKT DPMT

Di hantar pada Wednesday, April 22 @ 20:24:02 MYT oleh admin

Wednesday, April 15, 2009

Solat Sunat Hifzi......

Cara-Cara mendirikan Solat Sunat Hifzi:

Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka,terutama yang menghafal
al-Quran(golongan hufaza'),agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi...:

Kaedahnya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat,dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakan pada malam Jumaat,sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya 3,5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN.
5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN.
6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH.
7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH MULUK..(Tabarakal lazii..)
8. Setelah selesai solat,bacalah doanya

{ دعاء سلفس صلاة الحفظ }

اللَّهُمَّ ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.

اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَىالْحَقِّ غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلاأَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ

Sunday, April 12, 2009

DPMI serbu DPMT

Akhawat dari Pengajian Islam ke Tanta mungkin janggal didengar sebelum ini, kerana Tanta adalah Muhafazah yang hanya diduduki oleh Ikhwah daripada Pengajian Islam dan Perubatan sahaja, tetapi sekarang Tanta sudah mempunyai penyeri dari kalangan Akhawat Fakulti Perubatan, walaupun bilangan mereka tidak berapa ramai, tapi sudah cukup untuk membuatkan Akhwat dari Pengajian Islam Iskandariah di kalangan Nuqaba` merasa terpanggil untuk memberi sedikit pengisin buat mereka di sana.

Pada 9hb April yang lalu sekitar jam 9.30 pagi saya bersama Ust azizuddin dan Ust Khairulnizam bersama seramai hampir 60 orang di kalangan ahli DPMI telah mengadakan lawatan ke DPMT dan juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Jaulah Maqam Aulia` di sekitar Bandar Tanta, yang mana progam telahpun dirancang sejak awal lagi.

Sekitar jam 12 tengahari kami tiba di ma`arad (Tempat terletaknya Markaz DPMT) untuk menjemput Musyrif yang telah di amanahkan oleh pihak DPMT untuk membawa kami meronda di sekitar Bandar Tanta. Tidak sampai 5 minit kami menuggu, kami telah di datangi 4 orang jejaka yang segak berpakaian seragam unggu mengambarkan mereka adalah dikalangan AJKT DPMT. Tanpa membuang masa, kerana kami telahpun tiba lewat daripada jadual yang di tetapkan, kami terus di bawa ke lokasi pertama, maqam salah seorang penyair Rasulullah S.A.W. Maqam Imam Sheikh Mohamad Khalil Khatib An-niri, tetapi kami agak kurang bernasib baik kerana musyrif yang membawa kami menyatakan bahawa maqam tersebut tutup dan hanya dibuka pada hari jumaat sahaja, kenderaan yang kami naiki hanya lalu dihadapan masjid tersebut dan kami terus ke lokasi berikutnya Maqam As-Saidah Badru As-Sobah masyhur dengan Binur Sobah, dari keturunan Hasan dan Husin. Kami terus solat jama` taqdim di masjid tersebut.

Sekitar jam 1.45 tengahari kami terus di bawa ke Masjid Al-Badawi. Di Masjid ini terdapat 5 maqam.

  1. Maqam Syeikh Ahmad Al-Badawi r.a beliau digelar dengan badawi kerana ketika kecil beliau sentiasa menutup mukanya dengan kain. Beliau pernah tidak makan dan tidur selama 40 hari sehingga matanya bengkak dan mata hitamnya menjadi merah seperti bara api.
  2. Maqam Syeikh Abdul Aali maqamnya terletak di sebelah kiri pintu utama masjid.
  3. Maqam Syeikh Sidi Mohamad Hijab
  4. Maqam Syeikh Sidi Nuruddin Sidi Abdul Rahman
  5. Maqam Syeikh Sidi Mujahid (maqam di sebelah kanan pintu utama masjid)

Keempat-empat syeikh ini adalah anak murid kepada Syeikh Ahmad al-Badawi r.a.

Setelah selesai melawat kelima-lima maqam ini kami berkumpul seketika untuk taklimat keluar dari masjid, tiba-tiba seorang polis menghampiri kami kerana di Tanta berkumpul adalah dilarang. Salah seorang musyrif kami (Ust Sulaiman) pergi berjumpa dengan pegawai masjid bersama polis tersebut, saya bersama yang lain hanya melihat dari jauh. Setelah selesai Ust Sulaiman kembali kepada kami dan menyatakan bahawa pegawai masjid ini akan membawa kami ke satu bilik yang mana tersimpannya barang-barang peninggalan Syeikh Ahmad Al-Badawi lebih 900 tahun lamanya. Sebelum ini tidak pernah seorang pun di kalangan ahli-ahli DPMT sendiri dipelawa mahupun dibenarkan masuk ke bilik tersebut, malah kata Ust Sulaiman selama dia berada di bumi Tanta ini dia sendiri tidak tahu bahawa pihak masjid ada menyimpan khazanah itu. Mendengar kata-kata itu kami semua merasa amat bertuah kerana dibenarkan masuk dan bergambar. Kami di bawa masuk ke dalam sebuah bilik yang mana tersimpannya barang peninggalan Syeikh Ahmad Al-Badawi seperti tasbeh sepajang 9 meter,serban, abaya (baju yang dipakai di bahagian luar bersama jubah) yang masih lagi mempunyai wangian asal baju tersebut walaupun sudah berusia 900 tahun, tongkat dan barang yang paling berharga adalah janggut Rasulullah S.A.W yang di hadiahkan kepada masjid.

Hampir sejam berada di dalam masjid kami semua di bawa keluar dan terus menuju ke masjid lain juga terdapat sebuah maqam dengan diiringi polis.

Maqam Sidi `Aizu Rijal r.a dan nama sebenarnya ialah Mohamad `Aizuddin sepertimana yang tertulis dalam kitab ibnu Khaldun. Beliau digelar dengan `Aizu Rijal kerana beliau masyhur,`alim dan thiqah di zamannya. Tidak lama kami berada di maqam tersebut kerana kami terpaksa ke Markaz DPMT mengikut jadula yang telah ditetapkan. Semua peserta berjalan kaki untuk berhimpun semula di hadapan masjid Al-Badawi sambil membeli belah di pasar yang kami lalu.

Jam 3.35, kami bertolak ke Markaz DPMT, setiba di sana, kami di bawa masuk ke markaz yang ketika itu sedang berlangsungnya majlis daurah kitab oleh Ust Nazrul Nasir, kami sempat mengikuti sedikit daripada daurah kitab tersebut. Penat kami berjalan agak terubat apabila mendengar telatah dari Ust Nazrul, yang memang tak jemu jika berada di dalam majlis beliau. Sekitar 15 minit sahaja kami bersama majlis tersebut, Ust Nazrul menangguhkan majlis untuk memberikan laluan kepada rombongan kami menggunakan dewan. Kami diberi layanan bagai VIP sepanjang di sana.

Ana bersama musyrif yang lain dibawa ke dalam pejabat kerana memberi runag kepada peserta menggunakan kawasan markaz dengan lebih selesa. Memandangkan kawasan markaz agak sedikit sempit, hampir kesemua kawasan markaz di gunakan oleh akhawat kecuali pejabat dan kami terpaksa berkurung di dalam pejabat DPMT.

Sekitar jam 8.20 malam, kami bersiap untuk bertolak pulang ke Iskandariah, walaupun hanya seketika bersama Ust sulaiman, Ust baharom,Ust Yunus dan Ust Zahidi yang telah di tugaskan untuk melayan karenah kami, saya merasa seperti sudah lama bersama mereka. Teima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini, terutama kepada pihak DPMT, hanya tuhan yang dapat membalasnya.


Gambar-gambar sekitar maqam dan sejarah mereka


Maqam Syeikh Ahmad Al-Badawi r.a

Beliau dilahirkan di Bandar Fes Maghribi pada 585H. Nenek moyang beliau berasal dari Mekah. Mereka berhijrah ke Maghribi pada zaman al-Hajjaj ketika itu banyak membunuh ahli bait. Ayah beliau meninggal dunia di Mekkah [ada tahun 627H. Sidi Ahmad Badawi adalah yang paling berani ketika kecilnya. digelar al- badawi kerana ketika kecil beliau sentiasa menutup mukannya dengan kain. Beliau menghafaz Al-Quran dan di ajar ilmu dalam mazhab Syafie.

Pada bulan syawal 633h, beliau telah bermimpi seseorang berkata dalam mimpinya sebanyak 3 kali: “bagunlah dan pergi kearah matahari terbit. Maka setelah sampai di sana pergi pula kearah matahari terbenam, setelah engkau sampai, maka berjalanlah ke suatu tempat yang bernama Tanta. Maka sesungguhnya maqam engkau di situ wahai pemuda”

Apabila sampai di Tanta, beliau bertemu dengan Syeikh Ibnu Syuhaith. Beliau menaiki bumbung rumah syeikhnya itu, sepanjang hari beliau memandang ke langit selama 40 hari tanpa makan dan minum sehingga matanya bengkak dan mata hitamnya merah menyala seperti bara api. Abdul `Aali adalah budak kecil yang membantunya ketika itu dengan menghulurkan padanya sebiji telur.

Qutub yang agung ini amat masyhur dengan sifat tawadu`, siqah, zuhud keduniaan dan sifat-sifat mahmudah. Keturunannya Sidi Ahmad al-Badawi bin Ali bin Ibrahim bin Mohamad bin Abu Bakr dan bersambung dengan Zainal Abidin bin Imam Husin r.a, cucu kepada Rasulullah S.A.W, Allah telah menjemputnya ke alam barzakh pada umur 89 tahun 22 Rabi`ul Awal tahun 675H.


Maqam Sidi `Aizu Rijal r.a

Nama sebenarnya ialah Mohamad `Aizuddin sepertimana yang tertulis
dalam kitab ibnu Khaldun. Beliau digelar
dengan `Aizu Rijal kerana
beliau masyhur,`alim dan thiqah di zamannya dengan membantu golongan yang lemah dan menolong orang yang berdukcita. Beliau dengan Mohamad bin Abdul Salam bin Syis yang mana bersambung nasabnya dengan imam Hasan cucu Baginda Rasulullah S.A.W. (gambar maqam di sebelah)





Maqam As-Saidah Badru as-Sobah

Beliau lahir di kampong Mit Sudan Markaz Kransi (1248H). ayah dan bondanya dari zuriat yang soleh dah solehah yang mana bersambung dengan maulana Hasan dan Husin cucu kepada Rasulullah S.A.W. ayahnya Syeikh Mohamad bin Ali bin Mohamad al-GhabariSyazili. Beliau bekerja sebagai peladang dan seorang Usahawan yang dibantu oleh anak-anaknya Hasan, Ahmad, Ali dan anak-anak perempuannya. Keluarganya selalu menziarahi maqam ahli bait di Kaherah, maqam Syeikh Ahmad Badawi di Tanta dan Syeikh Ibrahim ad-Dasuki di Dasuq.

Maqam Imam Sheikh Mohamad Khalil Khatib An-niri

beliau ialah seorang al-Imam yang alim dan al-Hafiz , digelar sebagai penyair Rasulullah S.A.W, nasabnya bersambung dengan Rasulullah. Dilahirkan pada 9 Mac 1908M dan dijemput Allah pada 21 Feb 1986M, beliau berkelulusan Ma`ahad Tanta yang mana merupakan cawangan Al-Azhar Syarif dan menjadi pensyarah di Universiti Al-Azhar kuliah Usuluddin Wa Dakwah, Tanta.beliau adalah pengasas satu tariqat khatibiah as-Syaziliah. Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah kitab di dalam masalah Fiqh, Adab, Hadith, Syair dan lain-lain. (gambar tidak dapat di paparkan)





tasbih milik Syeikh Ahmad al-Badawi sepanjang 9 meter yang berusia lebih 900 tahun









abaya milik Syeikh Ahmad al-Badawi yang masih mengekalkan bau asalnya. (salah satu karamahnya)







serban milik Syeikh Ahmad al-Badawi








tongkat milik Syeikh Ahmad al-Badawi





Ust Azizuddin sedang memerhatikan
janggut Rasulullah




di hadapan pintu masuk masjid al- Badawi

pandangan dari tepi masjid al-Badawi


bahagian belakang pintu masuk masjid nur assobah
di mana terletaknya maqam as-saidah Badru as-Sobah


maqam Syeikh Abdul `Aali

maqam Syeikh Sidi Mujahid


maqam Syeikh Sidi Mohamad Hijab


Pejabat DPMT dan tapak kaki Rasulullah (gambar bawah)

Thursday, April 9, 2009

Jom study bersama RADIX




Kopi Radix sebagai pengganti daripada nescafe yang telah diboikot sebelum ini, cumanya kopi nie mahal la skit daripada nescafe, tapi mahalnya adalah disebabkan kandungan yang dirumus khas untuk kesihatan.

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Antara kelebihannya:
Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)

  • Melawas dan melancarkan kencing.
  • Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
  • Tongkat Ali sebagai herba utama.
  • Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
    Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
  • Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

Tongkat Ali
Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

Mata Pelanduk
Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

Teja Lawang
Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

Tebu Gajah
Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

Mengkudu hutan
Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

Larak hutan
Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

Halban Akar
Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

bagi mereka-mereka yang gemarkan minuman kesihatan ini dapatkan dengan segera, kini sudah berada di Iskandariah dengan 3 bungkus hanya LE10.... untuk keterangan lanjut hubungi stokis

Iskandariah:

016-9109395 (Ust Hazim Nordin)
pakdin09@yahoo.com

belum cuba..... belum tau!!!!!!!!!

SABUN KECANTIKAN CLAY



Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.

Sabun ini juga kini terdapat di Iskandariah dengan harga 3 ketul LE 70.

Monday, April 6, 2009

bil letrik

sekarang nie semua rumah ada letrik terutamanya di Iskandiah nie, rumah bawab pun ada letrik, klu yg tak de tu teruk sgt la. Sbb tu lah saya rasa perlu utk kita sama2 kongsi skit cite pasal kahrabak(letrik) nie. bukan cita pasal bil letrik melambung, tapi pasal kena tipu dgn si arab yg kutip duit bil letrik tu.

tiap2 bulan kita semua akan bayar duit letrik pada lelaki arab yang akan dtg ke rumah kita utk mengutip duit letrik..nampak mcm mudah, dia bagi resit, kita tgk brp kena bayar pastu kita bagi la duit kat dia, senang je..

tapi ada 2 cerita yang hampir2 sama, sbb telah ditipu oleh lelaki arab yang kutip duit letrik tiap2 bulan tu. nak dijadikan cerita lelaki arab tu dah pun tipu sorg akhwt sblm nie. ada la dlm 200 lebih dpt kat dia hasil daripada penipuan yang berjaya dilakukan.

sepandai2 tupai melompat, ketanah juga akhirnya (klu ranting yg dia lompat tu patah). penipuan kali ke 2 tak berjaya, sbb dia tipu org lama kat sini, yang akhawat sblm nie boleh la nak tipu, akhawat tu pelajar baru kat sini.

kali pertama lelaki letrik tu tipu akhawat macam mana:- dia tunjuk jumlah yg ada pada resit tu, tapi bukan kat tempat jumlah yg kena bayar, kat nombor meter, bayangkan berapa banyak nombor meter, ada 3 angka dah tentu2 akhawat tu kena bayar beratus2, bila ahli bait yg lain perasan, pegi la kat syarikat kahrabak nak cerita kisah yang sebenarnya dan mintak duit balik, sbb bayar letrik tu dah terlebih sgt2. apa kan daya puas ust zam bertengkar tapi tak dapat kemukakan bukti, akhirnya pihak pendakwa kalah. jadi bulan lepas semua ahli bait tu bayar letrik mahal lah.

sebulan pas tu laki arab nie cuba nak makan duit haram sekali lagi. kali nie mangsa dia laki pulak. tapi tersilap pilih mangsa, yang bulan lepas tu boleh la dia tipu, sbb lepas bayar tu akhawat tu balik kaherah, tinggal lah ahli bait dia yang yang mempertahankan kebenaran mereka kat sini, dibantu ust zam...tu lah salah satu sbb punca kekalah dah bayar balik kaherah pulak..

kali nie dia tipu cara lain pulak dan sekali lagi dibantu oleh ust zam zaini pergi ke syarikat kahrabak kat madinah faisal. Lawan punya lawan akhirnya menang (Alhamdulillah). lagipun laki yg buat tu adalah org yg sama buat dekat akhawat sblm nie. dah 2 kali org dtg komplen pasal dia tipu duit letrik, kawan2 sepejabat nampak dah tak boleh nak tolong. selamat lah sahabat kita nie.

lebih kurang tu lah ceritanya, sbb cite nie berbelit2 sikit agak susah nak cite N susun ayat.
Tapi yang penting kat sini, kita kena berhati2 klu berurusan dgn arab nie, walaupun tak semua arab nie putar belit tapi secara puratanya baik kita berhati2 dgn semua org. semoga cita nie boleh jadi tauladan pada yang membaca.

wallahu a`lam......

Saturday, April 4, 2009

sejarah april fool atau pembaca yang telah difool

sebelum ini saya ada mengeluarkan satu artikal berkaitan dengan sejarah april fool, baru saja artikal tu berada dalam blog saya alhamdulillah artikal tu dapat respon dari salah seorang adik smart circle (SC) saya yang mengatakan bahawa sejarah itu tidak mendapat kepastian sama ada benar atau tidak, jika benar sekalipun sejarah itu tidak ada kene mengena dengan perayaan april fool. Terima kasih kepada Dr Zainal atas maklumat yang telah diberikan, tak sia-sia jadi SC saya.

apa yang penting sekarang, april fool langsung tidak memberi apa-apa faedah malah mungkin akan menyebabkan pergaduhan kerana marah apabila ditipu dan menuipu adalah salah satu daripada tanda munafik.

ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/ BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". [at-Taubah 9:119]

Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً


Maksud: "sentiasalah berlaku jujur dan komited pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah". [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا


Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]

Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا


"Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta". [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Bagaimana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له


"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan mengembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.

Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:

"Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools') atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]

Kesimpulannya, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Tiada masalah untuk mengembirakan seseorang. Tetapi ada batas dan sempadannya. Ada tahapnya. Ada caranya. Jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan sampai putus kawan dan sahabat. sebaliknya ukhuwwah perlu dibina dan dipupuk dengan sebaiknya.

jika difikir-fikirkan, sekalipun perayaan ini tidak berkaitan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Sepanyol sekalipun, tidak perlulah diraikan kerana langsung tidak memberikan apa-apa faedah kepada yang meraikannya, malah mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

wallahu a`lam...

Thursday, April 2, 2009

berhati-hati walau di mana kita berada.

Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada pengerusi dpmi yang mengatakan seorang akhawat telah kehilangan dompet. sepanjang saya sebagai mandub PMRAM di Iskandariah ini, seingat saya ini adalah kes yang ke 5, dan yang menyedihkan lagi bagi bulan mac sahaja terdapat 2 kes di tempat yang sama (mansyiah) dan salah satu darinya kehilangan beg berisi barang berharga seperti talifon bimbit dan lain-lain.. 3 kes lagi kehilangan pasport, 2 kes di mansyiah dan 1 lagi kes ketika perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah. Ini dalam pengetahuan saya dan pasti ada kes-kes lain yang berlaku dan tidak diberitahu mungkin kerana tidak memerlukan kepada laporan polis.

Memang siapa pun tidak mahu perkara seperti ini berlaku, dan kita tidak dapat menyangka bila ia akan berlaku. oleh itu saya berharap kepada semua sahabat-sahabat terutamanya akhawat supaya kita dapat lebih berhati-hati walau di mana kita berada. malang tak berbau, kepada sesiapa pun ia boleh berlaku. Jangan kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan barang yang bakal dimiliki sehingga terlupa untuk menjaga barang yang telah dimiliki.

Monday, March 30, 2009

Setiap hari "DIA" melawat kita

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.