SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Sunday, April 12, 2009

DPMI serbu DPMT

Akhawat dari Pengajian Islam ke Tanta mungkin janggal didengar sebelum ini, kerana Tanta adalah Muhafazah yang hanya diduduki oleh Ikhwah daripada Pengajian Islam dan Perubatan sahaja, tetapi sekarang Tanta sudah mempunyai penyeri dari kalangan Akhawat Fakulti Perubatan, walaupun bilangan mereka tidak berapa ramai, tapi sudah cukup untuk membuatkan Akhwat dari Pengajian Islam Iskandariah di kalangan Nuqaba` merasa terpanggil untuk memberi sedikit pengisin buat mereka di sana.

Pada 9hb April yang lalu sekitar jam 9.30 pagi saya bersama Ust azizuddin dan Ust Khairulnizam bersama seramai hampir 60 orang di kalangan ahli DPMI telah mengadakan lawatan ke DPMT dan juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Jaulah Maqam Aulia` di sekitar Bandar Tanta, yang mana progam telahpun dirancang sejak awal lagi.

Sekitar jam 12 tengahari kami tiba di ma`arad (Tempat terletaknya Markaz DPMT) untuk menjemput Musyrif yang telah di amanahkan oleh pihak DPMT untuk membawa kami meronda di sekitar Bandar Tanta. Tidak sampai 5 minit kami menuggu, kami telah di datangi 4 orang jejaka yang segak berpakaian seragam unggu mengambarkan mereka adalah dikalangan AJKT DPMT. Tanpa membuang masa, kerana kami telahpun tiba lewat daripada jadual yang di tetapkan, kami terus di bawa ke lokasi pertama, maqam salah seorang penyair Rasulullah S.A.W. Maqam Imam Sheikh Mohamad Khalil Khatib An-niri, tetapi kami agak kurang bernasib baik kerana musyrif yang membawa kami menyatakan bahawa maqam tersebut tutup dan hanya dibuka pada hari jumaat sahaja, kenderaan yang kami naiki hanya lalu dihadapan masjid tersebut dan kami terus ke lokasi berikutnya Maqam As-Saidah Badru As-Sobah masyhur dengan Binur Sobah, dari keturunan Hasan dan Husin. Kami terus solat jama` taqdim di masjid tersebut.

Sekitar jam 1.45 tengahari kami terus di bawa ke Masjid Al-Badawi. Di Masjid ini terdapat 5 maqam.

  1. Maqam Syeikh Ahmad Al-Badawi r.a beliau digelar dengan badawi kerana ketika kecil beliau sentiasa menutup mukanya dengan kain. Beliau pernah tidak makan dan tidur selama 40 hari sehingga matanya bengkak dan mata hitamnya menjadi merah seperti bara api.
  2. Maqam Syeikh Abdul Aali maqamnya terletak di sebelah kiri pintu utama masjid.
  3. Maqam Syeikh Sidi Mohamad Hijab
  4. Maqam Syeikh Sidi Nuruddin Sidi Abdul Rahman
  5. Maqam Syeikh Sidi Mujahid (maqam di sebelah kanan pintu utama masjid)

Keempat-empat syeikh ini adalah anak murid kepada Syeikh Ahmad al-Badawi r.a.

Setelah selesai melawat kelima-lima maqam ini kami berkumpul seketika untuk taklimat keluar dari masjid, tiba-tiba seorang polis menghampiri kami kerana di Tanta berkumpul adalah dilarang. Salah seorang musyrif kami (Ust Sulaiman) pergi berjumpa dengan pegawai masjid bersama polis tersebut, saya bersama yang lain hanya melihat dari jauh. Setelah selesai Ust Sulaiman kembali kepada kami dan menyatakan bahawa pegawai masjid ini akan membawa kami ke satu bilik yang mana tersimpannya barang-barang peninggalan Syeikh Ahmad Al-Badawi lebih 900 tahun lamanya. Sebelum ini tidak pernah seorang pun di kalangan ahli-ahli DPMT sendiri dipelawa mahupun dibenarkan masuk ke bilik tersebut, malah kata Ust Sulaiman selama dia berada di bumi Tanta ini dia sendiri tidak tahu bahawa pihak masjid ada menyimpan khazanah itu. Mendengar kata-kata itu kami semua merasa amat bertuah kerana dibenarkan masuk dan bergambar. Kami di bawa masuk ke dalam sebuah bilik yang mana tersimpannya barang peninggalan Syeikh Ahmad Al-Badawi seperti tasbeh sepajang 9 meter,serban, abaya (baju yang dipakai di bahagian luar bersama jubah) yang masih lagi mempunyai wangian asal baju tersebut walaupun sudah berusia 900 tahun, tongkat dan barang yang paling berharga adalah janggut Rasulullah S.A.W yang di hadiahkan kepada masjid.

Hampir sejam berada di dalam masjid kami semua di bawa keluar dan terus menuju ke masjid lain juga terdapat sebuah maqam dengan diiringi polis.

Maqam Sidi `Aizu Rijal r.a dan nama sebenarnya ialah Mohamad `Aizuddin sepertimana yang tertulis dalam kitab ibnu Khaldun. Beliau digelar dengan `Aizu Rijal kerana beliau masyhur,`alim dan thiqah di zamannya. Tidak lama kami berada di maqam tersebut kerana kami terpaksa ke Markaz DPMT mengikut jadula yang telah ditetapkan. Semua peserta berjalan kaki untuk berhimpun semula di hadapan masjid Al-Badawi sambil membeli belah di pasar yang kami lalu.

Jam 3.35, kami bertolak ke Markaz DPMT, setiba di sana, kami di bawa masuk ke markaz yang ketika itu sedang berlangsungnya majlis daurah kitab oleh Ust Nazrul Nasir, kami sempat mengikuti sedikit daripada daurah kitab tersebut. Penat kami berjalan agak terubat apabila mendengar telatah dari Ust Nazrul, yang memang tak jemu jika berada di dalam majlis beliau. Sekitar 15 minit sahaja kami bersama majlis tersebut, Ust Nazrul menangguhkan majlis untuk memberikan laluan kepada rombongan kami menggunakan dewan. Kami diberi layanan bagai VIP sepanjang di sana.

Ana bersama musyrif yang lain dibawa ke dalam pejabat kerana memberi runag kepada peserta menggunakan kawasan markaz dengan lebih selesa. Memandangkan kawasan markaz agak sedikit sempit, hampir kesemua kawasan markaz di gunakan oleh akhawat kecuali pejabat dan kami terpaksa berkurung di dalam pejabat DPMT.

Sekitar jam 8.20 malam, kami bersiap untuk bertolak pulang ke Iskandariah, walaupun hanya seketika bersama Ust sulaiman, Ust baharom,Ust Yunus dan Ust Zahidi yang telah di tugaskan untuk melayan karenah kami, saya merasa seperti sudah lama bersama mereka. Teima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini, terutama kepada pihak DPMT, hanya tuhan yang dapat membalasnya.


Gambar-gambar sekitar maqam dan sejarah mereka


Maqam Syeikh Ahmad Al-Badawi r.a

Beliau dilahirkan di Bandar Fes Maghribi pada 585H. Nenek moyang beliau berasal dari Mekah. Mereka berhijrah ke Maghribi pada zaman al-Hajjaj ketika itu banyak membunuh ahli bait. Ayah beliau meninggal dunia di Mekkah [ada tahun 627H. Sidi Ahmad Badawi adalah yang paling berani ketika kecilnya. digelar al- badawi kerana ketika kecil beliau sentiasa menutup mukannya dengan kain. Beliau menghafaz Al-Quran dan di ajar ilmu dalam mazhab Syafie.

Pada bulan syawal 633h, beliau telah bermimpi seseorang berkata dalam mimpinya sebanyak 3 kali: “bagunlah dan pergi kearah matahari terbit. Maka setelah sampai di sana pergi pula kearah matahari terbenam, setelah engkau sampai, maka berjalanlah ke suatu tempat yang bernama Tanta. Maka sesungguhnya maqam engkau di situ wahai pemuda”

Apabila sampai di Tanta, beliau bertemu dengan Syeikh Ibnu Syuhaith. Beliau menaiki bumbung rumah syeikhnya itu, sepanjang hari beliau memandang ke langit selama 40 hari tanpa makan dan minum sehingga matanya bengkak dan mata hitamnya merah menyala seperti bara api. Abdul `Aali adalah budak kecil yang membantunya ketika itu dengan menghulurkan padanya sebiji telur.

Qutub yang agung ini amat masyhur dengan sifat tawadu`, siqah, zuhud keduniaan dan sifat-sifat mahmudah. Keturunannya Sidi Ahmad al-Badawi bin Ali bin Ibrahim bin Mohamad bin Abu Bakr dan bersambung dengan Zainal Abidin bin Imam Husin r.a, cucu kepada Rasulullah S.A.W, Allah telah menjemputnya ke alam barzakh pada umur 89 tahun 22 Rabi`ul Awal tahun 675H.


Maqam Sidi `Aizu Rijal r.a

Nama sebenarnya ialah Mohamad `Aizuddin sepertimana yang tertulis
dalam kitab ibnu Khaldun. Beliau digelar
dengan `Aizu Rijal kerana
beliau masyhur,`alim dan thiqah di zamannya dengan membantu golongan yang lemah dan menolong orang yang berdukcita. Beliau dengan Mohamad bin Abdul Salam bin Syis yang mana bersambung nasabnya dengan imam Hasan cucu Baginda Rasulullah S.A.W. (gambar maqam di sebelah)





Maqam As-Saidah Badru as-Sobah

Beliau lahir di kampong Mit Sudan Markaz Kransi (1248H). ayah dan bondanya dari zuriat yang soleh dah solehah yang mana bersambung dengan maulana Hasan dan Husin cucu kepada Rasulullah S.A.W. ayahnya Syeikh Mohamad bin Ali bin Mohamad al-GhabariSyazili. Beliau bekerja sebagai peladang dan seorang Usahawan yang dibantu oleh anak-anaknya Hasan, Ahmad, Ali dan anak-anak perempuannya. Keluarganya selalu menziarahi maqam ahli bait di Kaherah, maqam Syeikh Ahmad Badawi di Tanta dan Syeikh Ibrahim ad-Dasuki di Dasuq.

Maqam Imam Sheikh Mohamad Khalil Khatib An-niri

beliau ialah seorang al-Imam yang alim dan al-Hafiz , digelar sebagai penyair Rasulullah S.A.W, nasabnya bersambung dengan Rasulullah. Dilahirkan pada 9 Mac 1908M dan dijemput Allah pada 21 Feb 1986M, beliau berkelulusan Ma`ahad Tanta yang mana merupakan cawangan Al-Azhar Syarif dan menjadi pensyarah di Universiti Al-Azhar kuliah Usuluddin Wa Dakwah, Tanta.beliau adalah pengasas satu tariqat khatibiah as-Syaziliah. Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah kitab di dalam masalah Fiqh, Adab, Hadith, Syair dan lain-lain. (gambar tidak dapat di paparkan)





tasbih milik Syeikh Ahmad al-Badawi sepanjang 9 meter yang berusia lebih 900 tahun









abaya milik Syeikh Ahmad al-Badawi yang masih mengekalkan bau asalnya. (salah satu karamahnya)







serban milik Syeikh Ahmad al-Badawi








tongkat milik Syeikh Ahmad al-Badawi





Ust Azizuddin sedang memerhatikan
janggut Rasulullah




di hadapan pintu masuk masjid al- Badawi

pandangan dari tepi masjid al-Badawi


bahagian belakang pintu masuk masjid nur assobah
di mana terletaknya maqam as-saidah Badru as-Sobah


maqam Syeikh Abdul `Aali

maqam Syeikh Sidi Mujahid


maqam Syeikh Sidi Mohamad Hijab


Pejabat DPMT dan tapak kaki Rasulullah (gambar bawah)

0 comments: