SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Wednesday, September 9, 2009

peragut oh!!! peragut

buat pembaca..terutama pelajar akhawat Iskandariah

pada tahun ini dua kes ragut telah berlaku di tempat yang sama di perhentian keretapi assafirah(platform untuk ke sidi bish), kejadian pertama berlaku selepas imtihan fasa ke dua selesai dan kejadian ke dua berlaku pada awal ramadhan baru-baru ini dan kedua-dua kes berlaku pada akhawat Iskandariah.

peragut menggunakan cara yang sama pada kedua-dua kejadian, saya kurang pasti pada kejadian pertama kerana hanya diberitahu ol
eh kenalan mangsa, yang pasti kejadian kedua, tali beg tangan mangsa telah di potong ( melihat pada tali beg yang ada pada mangsa)

peragut akan menunggu masa yang sesuai untuk merampas beg pada mangsa dengan memastikan keretapi sudah berjalan, peragut dengan cepat merampas beg tangan mangsa dan terus mengejar keretapi tersebut yang hampir meninggalkan platform.

saya berharap pada pembaca terutama bagi akhawat Iskandariah supaya berhati-hati dengan beg tangan anda walau di mana anda berada. malang tidak berbau, sampaikan pada sahabat-sahabat yang lain supaya berhati-hati ketika membawa beg tangan terutama apabila berada
di MAHATTAH ASSAFIRAH....


Monday, June 22, 2009

selamat hari bapa

kasih bapa tidak ternilai, pengorbanan mereka tidak dapat dihitung, cuma, mungkin sini anak susah untuk memahami semua itu sehinggalah si anak kelak bergelar bapa.

kini saya sudah pun bergelar bapa, InsyaAllah dengan didikan yang diberikan oleh ayah akan ku turunkan kepada anak sulung ku dan seterusnya.

Islam meletakkan bapa pada satu darjat yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormati mereka, berbuat baik dan berkata dengan penuh kesopanan.

firman Allah taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Ayat ini telah jelas menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh manakah kita mempraktikkan seperti yang terkandung pada ayat di atas ? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua? cuba kita renung kembali perbuatan kita terhadap bapa kita selama ini.


kebanyakan ulama' berpendapat bahawa kewajipan mentaati ibubapa walaupun pada perkara yang meragukan, melainkan pada perkara yang sudah jelas haramnya dan wajib bagi seorang anak berbakti pada mereka walaupun kedua-duanya tidak beragama islam.

mereka adalah orang yang paling sabar dalam melayani karenah kita, walaupun kerap kali berdepan dengan bermasalah anak-anak, di samping perlu memikirkan sumber-sumber kewangan untuk menyara kita, memikirkan masa depan kita dan masalah di tempat kerja...dia tetap bersabar dan menutup segala aib yang ada sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berjaya dan berguna.

Namun masih ada lagi anak-anak yang selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini. tidak ada rasa tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu berbakti kepada ibubapa...seorang ayah boleh menjaga ramai anak, tetapi ramainya anak belum tentu boleh menjaga ayah yang seorang.

saya masih teringat kata-kata ayah ketika berumur dalam lingkungan 12-13 tahun. ketika ayah sedang bersembang dengan adik beradik yang saya pun tak berapa kenal.."untung la hang mat, nanti anak-anak dah besaq senang la hang, ramai yang boleh jaga," "tu pun kalau depa nak jaga"-kata ayah..
walaupun kami adik beradik sudah boleh menubuhkan satu pasukan bola sepak, dengan 12 orang kesemuanya, tak termasuk 5 orang di sebelah makcik. ayah saya masih risaukan hari tuanya. InsyaAllah, selagi kudrat masih ada kami semua akan menjaga ayah dan mama.

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. mereka lah orang yang paling hampir kita, menjadi orang pertama yang akan risau jika sesuatu terjadi kepada kita.

memang selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan hati ibu bapa.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

teringat saya pada sebuah lirik nasyid dari kumpulan far est, yang bertajuk azimat bonda. lirik yang begitu menyentuh hati, pernah satu ketika saya mendengarnya sambil menatap wajah ibu dan ayah, tanpa disedari air mata menitis...(tak percaya cuba)

selamat hari bapa pada ayah dan semua yang bergelar bapa di dunia ini...


keredhoaan allah terletak pada keredhoan ayah ibu
menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk berkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuannmu
keperitan itu kau rasa indah demi anak mu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya

walaupun lirik ini kebanyakkannya menyentuh perihal ibu, tetapi pengorbanan mereka sama.

Friday, June 19, 2009


alhamdulillah...imtihan fasa kedua telah pun selesai. sebelum ni semua benda yang nak dibuat tak semua tak tenteram sebab teringatkan madah-madah yang belum dibaca, jadi semua tu kena lah disimpan dlu, kerja-kerja yang tak berapa penting dan tugasan tersusun di rak, mengantikan tempat yang di kosongkan kitab kuliah. Imtihan sudah pun berakhir bagi tahun ni. apa yang diharapkan, semoga jawapan yang telah diberikan semoga dinilai najah. Kini tugasan dan kerja-kerja tak berapa penting yang telah di susun di rak, telah pun diambil kembali untuk dilaksanakan.
semoga apa yang telah di lakukan dan bakal dilakukan akan mendapat keredhoan ALLAH.

Monday, May 25, 2009

kesan zikir terhadap otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Oleh itu marilah sama-sama kita banyakkan berzikir.


*Entry asal di http://www.halaqah.net


Tuesday, April 28, 2009

jadual imtihan kuliah tanta

klik pada gambar utk besarkan


cabaran yang bakal di tempuhi..... doakan kejayaan ku.

Saturday, April 25, 2009

nasib baik LE10 je

sekali lagi cerita pasal letrik, tapi yang ni bukan cerita pasal kena tipu dengan lelaki pengutip duit letrik. semalam (24 april 09) rumah saya didatangi oleh seorang lelaki arab untuk meminta duit letrik, memang pada setiap hujung bulan pekerja tu akan sampai. Ini kali pertama saya membayarnya sendiri kerana sebelum ini zaujah yang bayar sebab saya selalu tiada dirumah ketika kehadirannya.

Nak dijadikan cerita lepas bagi duit kat ammu tu dia agak pelik dengan salah satu dari dua keping duit kertas yang saya bagi. belek punya belek, akhirnya ammu tu kata salah satunya duit palsu. terkejut la jugak sebab takkan LE10 pun orang nak palsukan kalau kena tangkap tak berbaloi. ammu tu pun keluarkan lagi sekeping duit LE10 jugak, nak buktikan yang duit tu memang palsu. ada dua tempat ammu tu tunjukkan pertama kawasan putih dekat duit tu tak ada gambar patung cleopatra kalau kita letakkan kat depan lampu dan satu lagi dakwat boleh keluar kalau kita letakkan air. maknanya duit tu hanya dicetak menggunakan printer sahaja.(gambar di sebelah)
terdetik di hati nasib baik sepuluh genih je, kalau kena 100 genih rugi besar dah tu. apa pun alhamdulillah sebab nilainya tak la banyak sangat. kalau kita tengok dengan mata kasar memang tak nampak kepalsuan duit tu. kepada sahabat-sahabat berhati lah dengan duit mesir ataupun duit-duit lain.

Thursday, April 23, 2009

AJKT Dan Mutazawwijin Tanta Di Iskandariah Bersua Muka

17 April – Satu jaulah yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Faizol bin Endut telah diadakan untuk mengziarahi ahli DPMT Mutazawwijin di Iskandariah baru-baru ini. Turut sama menyertai jaulah berkenaan, Penasihat 1 DPMT Ustaz Wan Hadiyuddin Wan Mahmood selain daripada Ustaz Khairul Anwar bin Isnin, Ustaz Muhammad Zahidi bin Mat Noh dan Ustaz Mazwan Mohamad

Bertolak pada jam 9.30 pagi, rombongan AJKT akhirnya tiba di Perhentian ‘Asafirah tepat jam 12.00 tengahari. Setelah selesai solat Jumaat, AJKT disambut mesra oleh wakil ahli DPMT Mutazawwijin, al-Fadhil Ustaz Zulfauzi yang juga merupakan mandub PMRAM di Iskandariah dan beliau membawa AJKT ke rumahnya yang terletak tidak jauh daripada ‘Asafirah.

Setelah tiba di rumah beliau, barisan AJKT yang hadir berehat sebentar sementara menunggu ‘pak-pak adam’ yang lain hadir bersama dalam pertemuan yang dirancang selama hampir seminggu. Berdasarkan data ahli yang tersimpan, kini terdapat sepuluh pasangan ahli DPMT yang mendiami Muhafazah Iskandariah dan diberitakan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa akan ada yang menyusuli jejak langkah mereka.

Dengan kesempatan yang ada, barisan AJKT berterima kasih di atas kesudian mereka meluangkan masa bagi bersua muka dan mempereratkan tautan ukhuwah sesama saudara walau pun tiga pasangan daripada mereka tidak dapat menghadirkan diri disebabkan mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Sudah lama majlis seperti itu tidak dapat diadakan. Merasakan ruang dan juga peluang yang datang hanya sekali, maka al-Fadhil Ustaz Faizol Endut tidak membuang masa yang ada dengan mendahulukan langkahnya membuka satu majlis ringkas yang dipengerusikan sendiri oleh beliau. Agenda majlis disusun dengan baik bermula dengan sedikit ucapan daripada Pengerusi DPMT dan diteruskan dengan sesi taaruf, soal-jawab, pembahagian cenderahati tanda kenang-kenangan dan kalam taujihat daripada al-Fadhil Ust Wan Hadiyuddin Wan Mahmood. Majlis di akhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar.

Antara isi ucapan yang disampaikan al-Fadhil Ustaz Faizol Endut adalah penekanan bahawa program sedemikian mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang perlu direalisasikan bersama oleh semua pihak. Antara matlamatnya ialah menjalinkan ukhuwwah Islamiah antara pimpinan DPMT dan ahli walaupun kedua-duanya bejauhan antara satu sama lain dan matlamat seterusnya adalam memastikan kebajikan ahli terjaga.

“Walau pun terpisah antara benua sekali pun, namun ukhuwah Islamiah tetap erat terjalin di antara kita sesama muslim dan mukmin, ujar al-Fadhil Ustaz Faizol Endut.

Oleh : AJKT DPMT

Di hantar pada Wednesday, April 22 @ 20:24:02 MYT oleh admin