SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA

Monday, June 22, 2009

selamat hari bapa

kasih bapa tidak ternilai, pengorbanan mereka tidak dapat dihitung, cuma, mungkin sini anak susah untuk memahami semua itu sehinggalah si anak kelak bergelar bapa.

kini saya sudah pun bergelar bapa, InsyaAllah dengan didikan yang diberikan oleh ayah akan ku turunkan kepada anak sulung ku dan seterusnya.

Islam meletakkan bapa pada satu darjat yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormati mereka, berbuat baik dan berkata dengan penuh kesopanan.

firman Allah taala yang bermaksud:

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Ayat ini telah jelas menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh manakah kita mempraktikkan seperti yang terkandung pada ayat di atas ? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua? cuba kita renung kembali perbuatan kita terhadap bapa kita selama ini.


kebanyakan ulama' berpendapat bahawa kewajipan mentaati ibubapa walaupun pada perkara yang meragukan, melainkan pada perkara yang sudah jelas haramnya dan wajib bagi seorang anak berbakti pada mereka walaupun kedua-duanya tidak beragama islam.

mereka adalah orang yang paling sabar dalam melayani karenah kita, walaupun kerap kali berdepan dengan bermasalah anak-anak, di samping perlu memikirkan sumber-sumber kewangan untuk menyara kita, memikirkan masa depan kita dan masalah di tempat kerja...dia tetap bersabar dan menutup segala aib yang ada sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berjaya dan berguna.

Namun masih ada lagi anak-anak yang selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini. tidak ada rasa tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu berbakti kepada ibubapa...seorang ayah boleh menjaga ramai anak, tetapi ramainya anak belum tentu boleh menjaga ayah yang seorang.

saya masih teringat kata-kata ayah ketika berumur dalam lingkungan 12-13 tahun. ketika ayah sedang bersembang dengan adik beradik yang saya pun tak berapa kenal.."untung la hang mat, nanti anak-anak dah besaq senang la hang, ramai yang boleh jaga," "tu pun kalau depa nak jaga"-kata ayah..
walaupun kami adik beradik sudah boleh menubuhkan satu pasukan bola sepak, dengan 12 orang kesemuanya, tak termasuk 5 orang di sebelah makcik. ayah saya masih risaukan hari tuanya. InsyaAllah, selagi kudrat masih ada kami semua akan menjaga ayah dan mama.

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. mereka lah orang yang paling hampir kita, menjadi orang pertama yang akan risau jika sesuatu terjadi kepada kita.

memang selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan hati ibu bapa.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

teringat saya pada sebuah lirik nasyid dari kumpulan far est, yang bertajuk azimat bonda. lirik yang begitu menyentuh hati, pernah satu ketika saya mendengarnya sambil menatap wajah ibu dan ayah, tanpa disedari air mata menitis...(tak percaya cuba)

selamat hari bapa pada ayah dan semua yang bergelar bapa di dunia ini...


keredhoaan allah terletak pada keredhoan ayah ibu
menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk berkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuannmu
keperitan itu kau rasa indah demi anak mu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya

walaupun lirik ini kebanyakkannya menyentuh perihal ibu, tetapi pengorbanan mereka sama.

Friday, June 19, 2009


alhamdulillah...imtihan fasa kedua telah pun selesai. sebelum ni semua benda yang nak dibuat tak semua tak tenteram sebab teringatkan madah-madah yang belum dibaca, jadi semua tu kena lah disimpan dlu, kerja-kerja yang tak berapa penting dan tugasan tersusun di rak, mengantikan tempat yang di kosongkan kitab kuliah. Imtihan sudah pun berakhir bagi tahun ni. apa yang diharapkan, semoga jawapan yang telah diberikan semoga dinilai najah. Kini tugasan dan kerja-kerja tak berapa penting yang telah di susun di rak, telah pun diambil kembali untuk dilaksanakan.
semoga apa yang telah di lakukan dan bakal dilakukan akan mendapat keredhoan ALLAH.